Saturday 28 January 2012

CONTOH KARANGAN SURAT TIDAK RASMI

SOALAN:
Anda telah tersilap mengambil beg semasa meminjam buku di perpustakaan negeri.Di dalam beg itu ada tercatat nama dan alamat tuan punya beg itu.Tulis sepucuk surat kepada tuan punya beg itu untuk memaklumkan hal tersebut serta menyatakan hal beg anda yang hilang juga.Tulis surat tersebut selengkapnya.

JAWAPAN:

579,Cenderawasih 3,
Taman Paroi Jaya,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
12 April 2010
   Menemui saudaraku Haziqah yang kini berada di Taman Delima,Shah Alam.Semoga berada dalam keadaan sihat.
   Tentu saudari tertanya-tanya akan kedatangan warkah ini.Nama saya Nurmazlina.Saya mendapat alamat saudari melalui buku diari yang terdapat dalam beg saudari.Sebenarnya,saya telah terambil beg saudari ketika keluar dari Perpustakaan Negeri Seremban minggu lalu.

Saudari,
   Terlebih dahulusaya ingin memohon maaf atas kecuaian saya hingga menimbulkan kesusahan kepada saudari.Ketika saya keluar dari perpustakaan,saya tergesa-gesa ke tempat menyimpan beg.Mungkin warna beg kita serupa dan bentuk beg tersebut hampir sama,tanpa berfikir panjang,saya terus mengambil beg itu tanpa menyedari bahawa beg itu bukan kepunyaan saya.
   Apabilatiba di rumah,barulah saya menyedari bahawa saya telah tersalah mengambil beg.Mujurlah ada buku diari di dalamnya.Saya mendapat nama dan alamat saudari di dalam buku diari itu.Janganlah saudari bimbang,saya tidak mengambil apa-apa barang di dalam beg itu.Saya tidak membaca apa-apa di dalam diari itu juga kecuali mahu mengetahui nama dan alamat saudari saja.
   Mungkinkah saudari terambil beg saya juga?Di dalam beg itu,ada buku-buku rujukan yang baru saya beli.Mungkin saudari tidak dapat menghubungi saya kerana tiada sebarang maklumat saya dalam beg itu.Saya berasa amat bersyukur jika beg saya ada pada saudari.Saya amat memerlukan buku rujukan itu bagi memudahkan saya menyiapkan kerja kursus.Saya amat berharap agar saudari dapat menghubungi saya melalui alamat di atas,atau terus manghubungi saya melalui nombor 014-6773905.
   Saya memohon maaf sekali lagi kerana telah menyusahkan saudari.Saya berharap agar dapat bertemu dengan saudari untuk memulangkan beg itu.Sekian,terima kasih.
Yang ikhas,

No comments:

Post a Comment