Saturday 28 January 2012

CONTOH KARANGAN SURAT RASMI

SOALAN:
   Bersempena dengan sambutan Minggu Patriotik di sekolah,Persatuan Sejarah sekolah telah mengundang seorang tokoh untuk menyampaikan ucapan.Tulis sepucuk surat kepada tokoh tersebut dengan menyatakan sebab-sebab pihak sekolah ingin mengundangnya.

JAWAPAN:
Persatuan Sejarah,
Sekolah Menengah Kebangsaan Permai,
71750 Lenggeng,Negeri Sembilan.


Tuan HajiYacob B. Sudin,
89,Kampung Sungai Ara,
71750 Lenggeng,Negeri Sembilan.                                                                      18 OGOS 2010

Tuan,
Undangan untuk Menyampaikan Ucapan
Lebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah atas anugerah Tokoh Kemerdekaan yang Tuan Haji terima baru-baru ini.Berita tentang kejayaan Tuan Haji saya ketahui setelah membaca laporan dan melihat gambar Tuan Haji terpampang di muka depan akhbar harian.Kejayaan itu benar-benar membanggakan rakyat Malaysia.

2.Saya merupakan Pengerusi Persatuan Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Permai,Lenggeng.Saya memohon jasa baik Tuan Haji agar dapat meluangkan masa untuk hadir menyampaikan ucapan bersempena dengan Minggu Patriotik sekolah ini.Majlis tersebut akan diadakan pada hari Jumaat,27 Ogos 2010 pada pukul 8.30 pagi bersempena dengan majlis perasmian penutup program tersebut.
3.Pihak sekolah memilih Tuan Haji oleh sebab ketokohan dan semangat patriotik yang Tuan Haji tunjukkan dalam mempertahankan negara semasa zaman penjajahan.Semoga Tuan Haji dapat meniupkan semangat cinta akan tanah air dam memberikan kesedaran kepada generasi muda bahawa betapa pentingnya mempertahankan kemerdekaan yang diwarisi.
4.Pengalaman pahit manisyang Tuan Haji lalui semasa zaman penjajahan dan kejayaan-kejayaan yang diperoleh sehingga dipilih sebagai Tokoh Kemerdekaan diharapkan dapat dijadikan panduan oleh generasi muda pada hari ini khususnya pelajar-pelajar sekolah ini.
5.Saya berharap agar Tuan Haji tidak keberatan untuk memenuhi undangan ini dan dapat hadir pada hari yang ditetapkan.Pihak kami berharap agar Tuan Haji dapat memberikan keputusan dalam tempoh terdekat ini.Kerjasama Tuan Haji amatlah saya hargai dan saya ucapkan ribuan terima kasih.
Yang Benar,

..........................................................
(MOHD DANISH B. SYAHMAN)
Pengerusi Persatuan Sejarah,
Sekolah Menengah Kebangsaan Permai.  

No comments:

Post a Comment