Saturday 28 January 2012

CONTOH KARANGAN KEPERIHALAN

SOALAN:
   Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang.Anda berada di stesen bas untuk pulang ke kampung.Perihalkan suasana di stesen bas tersebut.

JAWAPAN:
   Beberapa hari lagi lebaran akan menjelang.Sama seperti muslim yang lain,aku tidak sabar-sabar untuk pulang ke kampung juga.Sudah menjadi tradisi,penghuni kota akan pulang menyambut hari raya di kampung.Pada waktu perayaan utamalah,perut kota kian lengang.
   Aku tiba di Hentian Puduraya pada pukul 12.00 tengah hari.Suasana pada waktu ini begitu sibuk.Rata-rata,kurasakan bahawa masing-masing mempunyai tujuan yang sama sepertiku.Aku sempat menjeling ke kaunter tiket.Masih banyak orang yang beratur panjang untuk membeli tiket.Aku berasa lega kerana telah membeli tiket awal-awal lagi sebelum bulan puasa yang lalu.
   Sementara menanti bas tiba,aku duduk di bangku yang disediakan.Aku ralit melihat gelagat manusia yang pelbagai ragam.Kebanyakannya membawa beg besar.Ada ibu bapayang memimpin atau mendukung anak masing-masing.Aku berasa kasihan melihat anak kecil yang menangis sambil dipujuk oleh ibunya.Mungkin keadaan hentian yang panas dan sesak menyebabkan kanak-kanak itu berasa kurang selesa.
   Keadaan di hentian ini umpama pasar borong pada waktu ini.Suara orang berbual,suara wanita yang mengumumkan jadual ketibaan bas di platform dan bunyi bising enjin serta hon bas yang bercampur-baur membingitkan keadaan.Sungguhpun demikian,kegembiraan jelas terpancar pada wajah masing-masing meskipun mimik wajah mereka membayangkan keletihan.
   Begitu cepat masa berlalu dan jarum masa sudah menunjukkan angka 2.30 petang.Aku menuju ke Platform 9 sambil menjinjing satu beg besar dan satu beg sandang.Bas ke utara yang kutunggu masih belum tiba.Sungguhpun masih ada setengah jam lagi,tetapi penumpang yang menungu di platform itu sudah banyak.Nafasku sedikit sesak dek asap kenderaan yang berkepul-kepul.
   Akhirnya bas yang kunantikan-nantikan pun tiba.Aku mendahulukan ibu-ibu yang membawa anak kecil naik untuk mendapatkan tempat duduk.Kaum bapa sibuk menyimpan beg-beg di dalam perut bas.Aku turut berbuat demikian.Setelah bas dipenuhi penumpang,barulah bas itu meninggalkan hentian.Terbayang di ruang mataku,wajah insan-insan yang kurindui menyambutku di kampung.  

1 comment: