Saturday 28 January 2012

CONTOH KARANGAN PENDAPAT/PERBINCANGAN

SOALAN:
  Sistem pengangkutan yang cekap penting untuk membantu pembangunan negara.Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

JAWAPAN:
   Negara kita akan mencapai taraf negara maju pada 2012 nanti.Dengan itu,pelbagai projek mega yang terancang telah dan sedang rancak dilaksanakan.Salah satu aspek yang diberikan perhatian oleh kerajaan ialah aspek sistem pengangkutan.
   Sistem pengangkutan yang cekap dan maju amat penting untuk membantu pembangunan negara.Dengan adanya sistem pengangkutan yang cekap,sektor pertanian dapat dimajukan dan diperluas.Hasil-hasil pertanian dapat dipasarkan secara cekap ke semua lokasi.Kerugian yang disebabkan oleh hasil pertanian tidak segar atau busuk dapat dielakkan.Kesannya,sektor pertanian menjadi semakin rancak dan menyumbang kepada  pendapatan negara.
   Kemajuan dalam sistem pengangkutan air diberikan perhatian juga.Dengan adanya sistem pengangkutan air yang cekap dapat memesatkan aktiviti eksport dan import negara.Kesan langsung yang diperoleh telah mewujudkan pelabuhan-pelabuhan yang bertaraf dunia serta meyakinkan syarikat-syarikat konglomerat asing menggunakan jaringan pengangkutan air yang kita sediakan.Cukai dan caj perkhidmatan yang dikenakan itu dapat menambahkan perbendaharaan negara dan dapat digunakan untuk projek-projek pembangunan.

  Selain itu,sistem pengangkutan yang cekap dapat memajukan industri pelancongan juga.Dengan adanya sistem penerbangan yang cekap dan maju,penerbangan ulang-alik dari negara kita ke negara asing dan sebaliknya dapat dilakukan dengan lebih kerap.Perkhidmatan kereta api,kereta sewa,bas dan sebagainya yang disediakan dapat membawa para pelancong melawat negara kita dengan mudah dan selesa.Dengan kemudahan sepertiini sudah pastilah akan memikat hati mareka untuk menjadikan negara kita sebagai destinasi pelancongan utama pada masa akan datang.
   Di samping itu,sistem pengangkutan yang cekap dapat meningkatkan produktiviti kerja juga.Hal ini demikian kerana segala urusan harian dapat dilakukan dengan lebih lancar tanpa perlu banyak mengorbankan masa yang disebabkan oleh kesukaran mendapatkan perkhidmatan pengangkutan.Para pekerja dapat memulakan tugas tanpa tekanan,urusan kerja dan perkhidmatan serta pentadbiran di luar pejabat dapat dilakukan dengan lebih cepat.
   Sistem pengangkutan yang cekap amat mempengaruhi pembangunan negara.Penyediaan kemudahan seperti ini dapat melancarkan operasi dan aktiviti pembangunan yang dirancangkan. 

4 comments:

  1. Terima Kasih :) Sangat membantu :D

    ReplyDelete
  2. Thank you .Karangan ini sangat membantu bagi saya isi isi dalam karangan ini sangat bagus dan telah dihurai dengan tepat dan senang di fahami oleh semua orang .

    ReplyDelete