Saturday 28 January 2012

CONTOH KARANGAN CEREKA


SOALAN:
   Tulis sebuah karangan cereka yang bermula dengan ayat yang berikut:Kereta api penumpang yang kunaiki meluncur semakin laju.Beberapa mint kemudian,tiba-tiba...


JAWAPAN:
   Kereta api penumpang yang kunaiki meluncur semakin laju.Beberapa minit kemudian,tiba-tiba saja kereta api itu berhenti secara mendadak.Aku tersentak.Penumpang-penumpang terdorong ke depan dan ada penumpang yang terjatuh dari kerusi masing-masing.Keadaan yang tenang tadi berubah menjadi gempar.Suara riuh-rendah diselan-selikan dengan suara tangisan mula kedengaran.
   “Apa yang terjadi?”aku tertanya-tanya sendirian.Seribu satu macam kemungkinan berlegar-legar dalam benakku.Aku merasakan bahawa ada cecair merah yang perlahan-lahan mengalir di dahiku.Rupa-rupanya dahiku mengalami luka kecil sebagai akibat terhantuk pada kerusi penumpang di depanku.Aku mengesat lelehan darah itu dengan sapu tangan.Aku berusaha untuk bertenang.
   Para penumpang mula bangun dan berasak-asak hendak turun.Masing-masing tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.Aku turut turun menyertai mereka.Dari tempatku berdiri,aku ternampak seekor lembu tersepit di bawah gerabak.Aku yakin bahawa kereta api telah melanggar lembu itu hingga menyebabkan kereta api itu berhenti secara tiba-tiba.
   Aku terdengar suara raungan wanita dari salah satu gerabak.Hatiku terdorong untuk membantu.Dalam keadaan yang sesak itu,aku berusaha mencari arah suara raungan itu.Rupa-rupanya,seorang ibu menangisi anak kecilnya yang cedera di bahagian muka.Anak itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.Beberapa orang cuba membantu menenteramkan si ibu.
   Tidak lama kemudian,ambulanspun tiba di tempat kejadian.Mungkin ada insan yang bertindak pantasmenghubungi pihak penyelamat.Sepasukan penyelamat sukarelawan,iaitu “SMART” tiba beberapa minit kemudian.Kerja-kerja menyelamat mangsa kemalangan dilakukan serta-merta.Penumpang-penumpang yang cedera dibawa ke hospital yang berhampiran.
   Sementara itu,para penumpang lain yang terselamat dibawa dengan bas menuju ke stesen kereta api yang berhampiran bagi meneruskan perjalanan masing-masing.Lapan buah bas diperlukan untuk membawa penumpang-penumpang tersebut.
   Lima jam kemudian,aku dan para penumpang yang lain menaiki kereta api gantian untuk meneruskan


 perjalanan ke utara.Meskipun aku selamat tiba di AlorSetar,namun perasaan gerun tetap menghantuiku 


sepanjang perjalanan itu.

6 comments:

  1. BAGUS . KARANGAN YANG BAIK . BAGUS . SAYA SUKA DAN SAYA NAK MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SAIFULADLI 106 UNTUK MEMBUAT SATU KARANGAN YANG MANTAP . SAYA SUKA SANGAT . TAK TAHU LAGI DAH NAK CAKAP APA LAGI . SAYA NAK BERTIMA KASIH BERJUTA-JUTA TERIMA KASIH UNTUK MAMBUAT KARANGAN . ASSALAMUALAIKUM SAFULADLI 106 .

    ReplyDelete
  2. saya suka cerita ini teteapi ini macam filem bahasa tamil

    ReplyDelete
  3. i just hate this story soo much

    ReplyDelete
  4. THANKS FOR HELP TO FINISH MY TUITION HOMEWORK

    ReplyDelete